Lot 876, Kampung Che Lijah,
23000 Dungun, Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
14 Oktober 2013.
Ke hadapan ibunda yang berada di kampung
halaman. Apa khabar ibunda di sana? Anakanda mendoakan agar ibunda berada dalam keadaan
sihat sejahtera senantiasa bersama-sama ayahanda tercinta. Anakanda di sini
sihat-sihat sahaja.
Ibunda,
Tujuan utama anakanda mengutuskan surat ini
adalah untuk menceritakan tentang pengalaman anakanda menyertai perkhemahan
kepimpinan pengawas-pengawas sekolah yang julung-julung kali diadakan baru-baru
ini.
Untuk makluman ibunda, aktiviti perkhemahan
tersebut diadakan selama tiga hari
lamanya. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti bergotong-royong mendirikan
khemah, belajar memasak, berlatih kawad kaki dan sebagainya.
Pada malam kemuncaknya pula, anakanda terlibat dengan
persembahan malam kebudayaan bersama rakan-rakan yang lain. Anakanda menyanyi
dan menari dengan gembira sekali. Anakanda yakin, aktiviti perkhemahan seperti
ini telah meninggalkan kenangan cukup berharga dalam diri anakanda
selama-lamanya.
Setakat ini sahaja yang sempat anakanda
nukilkan buat ibunda dan juga ayahanda. Diharapkan agar ibunda berasa gembira
dengan apa yang anakanda coretkan ini.
Sekian, salam sayang.
Anakanda,
No comments:
Post a Comment