AkuSuffianFauzi

Nuffnang Adds

Follow My Facebook, Twitter, Instagram

 Add Me Follow Me Follow Me

Friday 10 October 2014

Syair perpaduan berteraskan Islam




Agama Islam itu indah lagi suci,
Mengangkat umat hidup harmoni,
Islam mengajar membina peribadi,
Agar hidup dipenuhi jati diri.

Rinduku padamu, Rasul junjunganku,
Rindu ini menghiasi hatiku,
Sungguh jauh di sudut hatiku,
Ingin pula berjumpa denganmu.

Ayuhlah semua tingkatkan keimanan,
Selawat dan salam kita persembahkan,
Kepada Nabi, Rasul junjungan,
Kerana itulah tuntutan iman.

Nabi Muhammad qudwah hasanah,
Menjadi ikutan sekalian ummah,
Sifatmu pula disulami wasatiyyah,
Demi membentuk umat berhemah.

Lihatlah tinggi awan bergerak,
Matahari memancar kian bergerak,
Tambahkan semangat Laksana Tun Perak,
Kekuatan diri jadi penggerak.

Dengarlah lagi ungkapan hati,
Membentuk perasaan naluri hati,
Kita tetapkan untuk berbakti,
Dalam bangsa perpaduan sejati.

Berbilang bangsa bersatu erat,
Jiran tetangga haruslah sepakat,
Segala usaha biar muafakat,
Agar hidup menjadi berkat.

Satu Malaysia sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara,
Teruskan perjuangan di mana sahaja,
Biarpun terpaksa berkorban nyawa.

Bersamalah kita menjaga keamanan,
Saling memahami sesama jiran,
Elakkan perpecahan dan persengketaan,
Supaya hidup disirami kesejahteraan.

Kiranya perpaduan menjadi harapan,
Diselitkan pula impian dan pedoman,
Quran dan Sunnah  menjadi amalan,
Agar hidup dipenuhi kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...