AkuSuffianFauzi

Nuffnang Adds

Follow My Facebook, Twitter, Instagram

 Add Me Follow Me Follow Me

Thursday 5 February 2015

Siri 12: Buat Duit Dengan Menulis

PERTANDINGAN MENULIS ESEI
SEMPENA HARI METEOROLOGI SEDUNIA 2015
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

A. PENGENALAN
Pertandingan menulis esei diadakan bagi membuka peluang kepada pelajarpelajar
sekolah menengah untuk mengasah bakat dan mencetuskan minat dalam
bidang meteorologi melalui penulisan kreatif dan deskriptif mengenai perubahan
iklim semasa. Hasil karya para pemenang akan disiarkan dalam berita
meteorologi dan laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

B. TEMA
Tema pertandingan melukis poster ialah “Iklim: Pengetahuan Untuk Tindakan”.

C. PENYERTAAN
Pertandingan dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah warganegara
Malaysia.

D. TARIKH TUTUP
Tarikh tutup pertandingan adalah pada 2 Mac 2015 (Isnin) jam 5.00 petang.

E. SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN
1. Esei adalah karya asal menggunakan Bahasa Malaysia dan tidak pernah
diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
2. Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung bawah
sebelah kanan esei.
3. Format esei:
Ditaip atas kertas A4 menggunakan perisian Office Word.
Jenis aksara: Arial
Saiz aksara: 14 pt.
Langkauan baris: 1.5
Jumlah perkataan: Tidak melebihi 500 patah perkataan.
4. Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.
5. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang telah
dilengkap diisi.
6. Sebarang kos penyediaan dan penghantaran hasil penulisan esei tidak akan
ditanggung oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
7. Semua hasil karya yang dikemukakan untuk pertandingan menulis esei ini
akan menjadi hak milik Jabatan Meteorologi Malaysia.
8. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan. Jabatan
Meteorologi Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana hasil
karya yang hilang, tidak sampai atau rosak semasa proses penghantaran.
9. Semua keputusan Pertandingan Menulis Esei adalah muktamad. Sebarang
bantahan, pertikaian dan surat-menyurat tidak akan dilayan.


F. PENGHANTARAN PENYERTAAN
Semua penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum
2 Mac 2015 (Isnin), jam 5.00 petang. Penghantaran penyertaan boleh dilakukan
melalui pos atau menghantar sendiri kepada:
Urus Setia Pertandingan Menulis Esei
Hari Meteorologi Sedunia 2015
Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa
Jabatan Meteorologi Malaysia
Jalan Sultan
46667 Petaling Jaya
Selangor


G. HADIAH
Hadiah Tempat Pertama RM500
Hadiah Tempat Kedua RM300
Hadiah Tempat Ketiga RM200
H. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, mohon menghubungi Urus
Setia Pertandingan iaitu Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa,
Jabatan Meteorologi Malaysia di talian 03–7967 8222/8215/8214/8208.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...