AkuSuffianFauzi

Nuffnang Adds

Follow My Facebook, Twitter, Instagram

 Add Me Follow Me Follow Me

Tuesday 7 October 2014

Syair Layar Perpaduan Ummah




Agama Islam sememangnya suci,
Membawa umat hidup harmoni,
Membentuk akhlak membina peribadi,
Dipandang mulia berjati diri.

Terasa rindu menusuk kalbu,
Rindu ingin berjumpa denganmu,
Rindu ini bukanlah menipu,
Cinta Rasul sentiasa di hatiku.

Selawat dan salam Rasul junjungan,
Menjadi amalan setiap insan,
Sunnah Rasul jangan dilupakan,
Demi kecemerlangan masa hadapan.

Cinta Rasul menghiasi hati,
Demi memenuhi fitrah insan,
Cahaya cinta kurniaan Illahi,
Cahaya suci kepada muslim sejati.

Rasa cinta menyulam jiwa,
Menyambut 1434H penuh bahagia,
Sifatmu diangkat menjadi mahkota,
Itulah harta paling berharga.

Wasatiyyah dirimu menjadi ikutan,
Diterjemah pula demi perpaduan,
Kesatuan ummah menjadi keutamaan,
Demi mencari simbol kekuatan.

Hidup kita diwarnai kedamaian,
Diselit pula erti ketenangan,
Bencana permusuhan haruslah dielakkan,
Agar hidup bahagia dan aman.

Ayuh semua teguhkan hati,
Jauhilah kita hasad dengki,
Demi membentuk kesatuan sejati,
Kerana itulah amat beerti.

Ikatan terjalin satukan ummah,
Menuntut bangsa mesra dan ramah,
Rapatkan kasih sekalian jemaah,
Demi mendidik bangsa berhemah.

Sekian dahulu lontaran harapan,
Moga diteruskan segala perjuangan,
Membentuk bangsa dalam perpaduan,
Demi impian segunung harapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...