Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan
Setiap daripada kita
mengimpikan badan yang sihat. Dengan memiliki badan yang sihat, kita berupaya
menjalani kehidupan seharian dengan sebaik-baiknya. Bahkan, pepatah Cina ada
menyebut, “Kesihatan adalah kekayaan”. Hal ini menggambarkan kepada kita bahawa,
kesihatan adalah aset terpenting yang harus dititikberatkan semua pihak. Persoalannya,
apakah kaedah-kaedah efektif yang boleh diimplementasikan dalam kehidupan
seharian untuk kita mencapai kesihatan yang maksimum?
Cara-Cara
Menjaga Kesihatan Badan
Secara analoginya,
antara langkah-langkah efektif dalam usaha untuk melahirkan kesihatan tubuh badan
ideal adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang setiap masa. Umumnya,
kita disaran memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam
diet seharian kerana ia boleh membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin yang
diperlukan oleh badan. Malah, elakkan pengambilan makanan-makanan berlemak
secara berlebihan kerana ia memperdekap kita dengan pelbagai penyakit seperti
penyakit diabetis, jantung dan sebagainya. Sesungguhnya, hendak seribu daya, tak hendak
seribu upaya.
Selanjutnya,
pemeriksaan kesihatan bertujuan memastikan tahap kesihatan seseorang itu berada
dalam keadaan baik sentiasa hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali
setahun. Hal ini penting agar kita dapat
mencegah diri daripada mendapat penyakit kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Malahan, bagi mereka yang didapati menghidap penyakit pula, seelok-eloknya
kekerapan pemantauan kesihatan haruslah dilakukan seawal mungkin agar penyakit tersebut tidak bertambah teruk
lagi besok lusa.
Seterusnya, setiap
individu mestilah mendapatkan rehat yang secukupnya sepanjang masa. Malah,
kesibukan menjalani aktiviti sehari-harian bukanlah menjadi alasan untuk kita
tidak cakna akan perkara ini kerana sesungguhnya, badan kita sememangnya
memerlukan rehat yang cukup untuk ia terus berfungsi dengan baik sentiasa.
Sebaliknya, ketidakcukupan rehat pula akan membuatkan badan seseorang itu akan
menjadi lesu sekali gus menatijahkan aktiviti-aktiviti seharian mereka akan
tergendala amnya.
Kesimpulan
Konklusinya, terdapat banyak langkah yang boleh
diaplikasikan untuk memaksimumkan kesihatan badan kita. Sesungguhnya, kesihatan
yang baik adalah anugerah tidak ternilai dikurniakan Allah SWT kepada kita semua.
Justeru, ayuhlah kita mengorak langkah untuk bersama-sama menjaga kesihatan
badan sepanjang masa kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada berguna.
299
Patah Perkataan
Tweet
No comments:
Post a Comment