AkuSuffianFauzi

Nuffnang Adds

Follow My Facebook, Twitter, Instagram

 Add Me Follow Me Follow Me

Thursday 22 January 2015

Siri 11: Buat Duit Dengan Menulis

Pertandingan Esei Naqli dan Aqli

 

Pengenalan 

Sekilas Informasi Universiti Sains Islam Malaysia

“UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 yang menawarkan perspektif pendidikan yang unik, berpaksikan integrasi ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (rasional). USIM bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat. Paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama Membentuk Generasi Unggul”

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN
  1. Pertandingan terbuka kepada pelajar sekolah seluruh Malaysia iaitu Menengah Rendah (Tingkatan 1,2,3) dan Menengah Atas (Tingkatan 4,5,6).
  2. Pertandingan Menulis Esei Naqli dan Aqli diperkenalkan bagi memberi galakan serta percambahan idea dikalangan pelajar sekolah terutamanya dalam melihat sudut pandangan berpandukan tema penulisan.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Pertandingan esei ini diadakan bertujuan:
  1. Menggalakkan lebih ramai penglibatan pelajar sekolah menyumbang idea yang bernas dan membina keupayaan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
  2. Membantu dalam pembentukan minda yang kreatif dan inovatif di kalangan pelajar sekolah melalui kaca mata mereka tentang tema penulisan esei iaitu “Integrasi ilmu Naqli dan Aqli Membentuk Generasi Unggul”.
  3. Mencungkil dan mengasah bakat penulisan di kalangan pelajar sekolah yang meminati bidang penulisan.
  4. Menjadi satu testimoni dan bahan bacaan kepada pembaca bahan ilmiah sekiranya bahan penulisan pelajar terpilih untuk di siarkan di mana-mana bahan percetakan Universiti atau apa-apa tujuan
  5. Pertandingan esei ini dibuka kepada dua kategori berikut :
      • Kategori A - Pelajar Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
      • Kategori B - Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6)
    1. Pertandingan dibuka sehingga 31 Januari 2015.
    2. Setiap peserta hendaklah menulis esei mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu ”Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli Membentuk Generasi Unggul”.
    3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang lambat diterima.
    4. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
    5. Semua hasil penulisan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan penulisan esei tersebut untuk apa-apa tujuan.
     

    Terma dan Syarat Pertandingan 

     a.    Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia.
    b.    Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
    c.    Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015 kepada Sekretariat Pertandingan.
    d.    Esei yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan.
    e.    Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan.  Sekiranya didapati esei yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
    f.    Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
    g.    Esei hendaklah dihantar dalam format kertas A4, Times New Roman, saiz tulisan 12, line spacing 1.5.
    h.    Esei yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut :

    i.    Kategori A : Sekolah Menegah Rendah – 1000 hingga 1500 patah perkataan
    ii.    Kategori B : Sekolah Menengah Atas -  1500 hingga 2000 patah perkataan

    Penyertaan & Muat Turun Borang

    Borang penyertaan boleh juga didapati secara atas talian seperti berikut :
    MUAT TURUN BORANG (KLIK DI SINI)
    Esei yang telah lengkap hendaklah di hantar bersama borang penyertaan di alamat:
              
    Sekretariat
    Pertandingan Esei Naqli dan Aqli
    Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,
    Negeri Sembilan

    Setiap penyertaan mestilah disahkan /dicop oleh pihak sekolah.
    Penyertaan AKAN DITOLAK sekiranya:

    i.    Nama peserta tiada/tidak lengkap/sukar dibaca
    ii.    Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap
    iii.    Tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan
    iv.    Terdapat unsur plagarism pada sebahagian atau keseluruhan karya yang dihantar

    Kriteria Penghakiman


    Takrif Tajuk 10 markah
    Idea 40 markah
    Bahasa 30 markah
    Olahan 20 markah
    Keseluruhan 100 markah

     

    Hadiah Pertandingan

    3 pemenang utama dan 7 pemenang saguhati akan dipilih bagi setiap kategori :
    JOHAN
    KATEGORI A KATEGORI B
    RM 1,500.00 RM2,000.00
    Sijil Penyertaan Sijil Penyertaan
    NAIB JOHAN
    KATEGORI A KATEGORI B
    RM 1,200.00 RM1,700.00
    Sijil Penyertaan Sijil Penyertaan
    TEMPAT KETIGA
    KATEGORI A KATEGORI B
    RM 1,000.00 RM1,500.00
    Sijil Penyertaan Sijil Penyertaan
    SAGUHATI X 7
    KATEGORI A KATEGORI B
    RM100.00 RM150.00
    Sijil Penyertaan Sijil Penyertaan

 Selamat mencuba adik-adik sekolah menengah sekalian. Semoga berjaya..

Untuk keterangan lanjut, layari http://www.usim.edu.my/eseinaqliaqli


 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...