Peta Tereangganu |
“Terengganu Destinasi Pilihanku”
Bendera Terengganu |
Negeri Terengganu adalah
merupakan sebuah destinasi percutiaan yang amat tersohor di dalam negara kita.
Hal ini kerana, negeri ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati
para pelancong sekalian sama ada dalam dan luar negeri selain ia juga kaya dengan
keunikan kebudayaan serta warisan turun-temurun yang menjadi salah satu tarikan
utama pelancong yang datang berkunjung ke negeri ini .
Logo Terengganu |
Bahkan, negeri Terengganu yang juga dikenali dengan
nama julukan ‘Permata Pantai Timur’ ini turut dipinggiri dan dikelilingi
persisiran pantai yang cantik-cantik semuanya sementara keindahan pantainya semakin
menyerlah tatkala ianya diserikan lagi dengan kilauan cahaya air laut yang
kebiru-biruan itu sekaligus ia mampu memukau mata sesiapa sahaja yang memandangnya.
Tambahan lagi, jika
dilihat pemandangan negeri ini dari pantai tanah besar (di Laut China Selatan)
pula, kelihatan gugusan-gugusan pulau yang kecil-kecil berkerdipan dan
bertaburan di sana sini dan menjadikan pulau-pulau kecil ini tidak ubah seperti
lambakan permata yang sungguh cantik sekali untuk diamati para pelancong sekalian
apatah lagi perkara ini menjadi antara faktor perdana kepada tarikan pelancong yang
datang berkunjung ke sini pada hari-hari yang mendatang.
Selain itu, negeri ini sebenarnya turut popular dengan
kepelbagaian tempat bagi perkampungan di sekitar pinggir-pinggir pantai apatah
pula menjadikan negeri ini juga kaya dengan hasil-hasil kraftangan bermutu
tinggi yang dihasilkan oleh para penduduk sekalian. Hal ini secara tidak
langsung telah menjadikan negeri Terengganu mampu menggamit dan meninggalkan memori
indah untuk diingati para pelancong sekalian apatah lagi apabila teringatkan
akan kelembutan dan keindahan seni warisan Melayu yang banyak terdapat di kawasan
ini amnya.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
SEKITAR NEGERI TERENGGANU
Seperti yang kita sedia maklum, di antara tempat-tempat menarik
yang boleh dilawati dalam negeri Terengganu ini adalah Setiu Agro Resort.
Terletak dalam daerah Setiu, Terengganu
(25 kilometer daripada pekan Permaisuri), resort ini adalah merupakan salah
satu lokasi percutian yang amat menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi, ia
berlatarbelakangkan suasana hutan hujan tropika yang sudah pasti menawan hati
para pengunjung sekalian. Di sini, terdapatnya dusun buah-buahan tempatan
seperti buah rambutan, langsat, manggis dan sebagainya.
Ironinya, apabila tibanya musim
buah-buahan pula, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman memetik
buah-buahan yang sedang masak ranum di atas pokok-pokoknya itu sambil mereka semua
juga boleh menikmati keindahan alam flora dan fauna yang menghijau di sekitar
kawasan resort tersebut. Selain itu, di kawasan ini pula, terdapatnya juga
sebuah kolam ikan yang dihuni pelbagai jenis ikan yang jinak-jinak belaka.
Lazimnya, pengunjung boleh memberikan makanan kepada ikan-ikan tersebut dengan
makanan yang telah disediakan oleh pihak Peladang Setiu Agro Resort.
Lain daripada itu juga, bagi para pengunjung yang datang menginap
di resort ini, mereka dibenarkan untuk mandi manda di sebuah kolam yang
disediakan khas bagi kemudahan dan keselesaan yang ideal kepada para pengunjung
yang datang ke sini amnya. Jadi, jelaslah, bagi para pelancong yang ingin
menikmati keindahan alam semulajadi yang mempersonakan itu, Setiu Agro Resort
inilah yang menjadi pilihan dan destinasi pelancongan yang harus dilawati
mereka.
Tasik Kenyir |
Mutakhir ini juga, terdapat banyak
lokasi pelancongan baharu yang sedang dibangunkan di sekitar kawasan ini.
Tamsilnya, Santuary Gajah Sungai Ketiar, Pengkalan Gawi, Taman Herba Tasik
Kenyir, Santuary Kelah dan sebagainya. Malah, terdapat juga beberapa buah gua hasil
peninggalan zaman prasejarah di kawasan sini. Antaranya adalah Gua Bewah.
Dikatakan, rangka manusia yang hidup pada zaman Mesolitik (dianggarkan berusia di
antara 8000 hingga 11000 tahun) juga turut dijumpai di dalam gua ini. Bahkan,
menurut cacatan para pengkaji sejarah pula, rangka prasejarah itu ditemui pada
kedalaman 65 cm hingga 70 cm di bawah tanah dan pada masa yang sama, rangka itu
telah disemadikan dalam keadaan merengkok ketika mana ia dijumpai tersebut.
Tasik Kenyir |
Secara analoginya,
penemuan rangka manusia prasejarah itu adalah merupakan kali kedua dijumpai di sekitar
kawasan Tasik Kenyir ini selepas kali pertamanya ditemui di dalam Gua Batu Tok
Bidan pada tahun 1975. Seyogia diingatkan bahawa, Tasik Kenyir sememangnya diyakini
dan diakui banyak terkandung 1001 misteri yang masih belum terungkai lagi
setakat ini sekali gus ia juga boleh menarik lebih ramai
pelancong dalam dan luar negara ke
Tasik Kenyir yang ingin mendalami keunikan hasil peninggalan sejarah zaman
dahulukala di kawasan Tasik Kenyir ini yang masih belum terungkai hingga hari
ini amnya. Oleh hal yang demikian, jelaslah terdapat banyak tinggalan sejarah
di kawasan Tasik Kenyir ini selain lokasi pelancongannya yang amat menarik
sekali untuk dikunjungi para pengunjung sekalian.
Pulau Tanggo |
Sementara itu, Pulau Tanggo adalah merupakan
salah satu lokasi menyelam yang sangat menarik sekali untuk dilawati di
Terengganu ini malar-malar, pulau ini terletak di bahagian selatan negeri
Terengganu dan mengambil masa 45 minit perjalanan dari pesisir pantai Kuala
Dungun. Seperti diketahui, pulau ini berukuran kecil sahaja yakni kira-kira 3
km panjang dan 2 km lebar.
Kendatipun begitu, hal itu tidak
menjadi penghalang bagi para penggemar aktiviti skuba menggelarnya dengan
gelaran ‘syurga’ kerana tarikan kepada keindahan serta keunikan akan
kehidupan-kehidupan darat dan laut yang boleh dilihat di kawasan ini seperti
kepelbagaian spesies ikan atau terumbu karang yang amat cantik dan
berwarna-warni itu.
Pada ghalibnya, di sini juga, terdapatnya pelbagai spesies
hidupan laut yang mendiami kawasan ini seperti ketam, udang, penyu, jerung dan
sebagainya sementalahan, semua ini boleh dilihat ketika mana aktiviti menyelam
ataupun skuba itu dijalankan di dasar laut Pulau Tanggo ini.
Pulau Tanggo |
Selain itu, pulau ini juga dipenuhi dengan tebing-tebing batu yang
curam-curam belaka lebih-lebih lagi, bentuk daratannya pula dikatakan agak sedikit
berbatu dan mengunjur dari pedalaman dan terus ke dalam laut yang sekaligus membentuk
seperti pinggir-pinggir curam di bawah lautan dalam. Struktur-struktur pinggir
curam seperti ini membolehkan pelancong terutamanya para peminat skuba akan
berasakan begitu gembira sekali tatkala mendapat peluang untuk berkunjung ke
sini kerana di sinilah lubuk emas bagi mereka melakukan aktiviti skuba, memancing
dan sebagainya.
Pulau Tanggo juga semestinya mempunyai banyak lokasi menyelam yang
menarik dan sudah semestinya menjanjikan pengalaman penyelaman yang berbeza
sekali untuk dikunjungi para pengunjung sekalian. Misalnya, Telok Air Tawar,
Tanjung Gemok, Tanjung Sarang Lang, Tokong Timur, Tokang Talam, Tokong Laut,
Turtle Point dan beberapa lokasi lain lagi. Bahkan, bagi memudahkan orang ramai
yang datang berkunjung, terdapat juga kemudahan-kemudahan asas dan beberapa
buah resort yang disediakan di kawasan ini seperti Tanggo Island Beach Resort dan Tanggo Aqua
Resort. Semua ini disediakan bagi menjamin keselesaan yang dinamik kepada para
pengunjung yang datang ke sini.
Pantai Teluk Lipat |
Di negeri Terengganu juga, terdapatnya sebuah daerah yang dikenali
sebagai daerah Dungun. Daerah ini cukup kaya dengan lokasi-lokasi percutiannya
yang agak menarik juga seperti seberang pintasan, Teluk Bidara, Kuala Abang
Lata Chemerong, Bukit Besi dan
sebagainya. Malahan, pantai Teluk Lipat juga tidak kurang hebatnya dalam daerah
Dungun ini.
Pantai Teluk Lipat |
Masakan tidak, pantai yang hanya
terletak beberapa kilometer sahaja daripada pusat bandar Dungun ini amatlah
tersohor dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara yang datang berkunjung
ke sini apatah lagi pantai ini sememangnya terkenal bagi kaki-kaki pancing di
sekitar daerah ini sebagai sebuah tempat yang menarik untuk melakukan aktiviti-aktiviti
memancing khususnya di kala cuti hujung minggu dan sebagainya. Bahkan, air
lautnya yang begitu tenang ditambah pula dengan pantainya yang putih bersih itu
telah menjadi faktor perdana kepada tarikan pelancong yang datang ke sini untuk
tujuan beristirahat bersama-sama dengan sahabat handai mahupun keluarga mereka sekalian.
Di pantai ini juga, terdapatnya
kesan-kesan peninggalan sejarah bukit besi iaitu tiang jejantas untuk
mengangkut biji besi ke kapal-kapal bagi tujuan pengeksportan negara-negara
luar amnya. Selain itu, di sekitar kawasan pantai ini juga, terdapatnya
kemudahan-kemudahan asas yang disediakan pihak kerajaan negeri untuk keselesaan
para pengunjung yang datang berkunjung ke sini seperti taman permainan kanak-kanak,
tandas awam, tempat-tempat beristirahat dan sebagainya.
Rentetan itu, terdapat juga beberapa buah resort yang didirikan
bagi kemudahan pengunjung yang ingin bermalam di sini seperti Mayang Sari Beach
Resort dan sebagainya. Tambahan pula, restoren-restoren di sekitar kawasan
pantai ini juga banyak dibangunkan terutamanya sekitar bahu-bahu jalan di
sepanjang pantai ini dalam usaha untuk memudahkan orang ramai menikmati
pemandangan laut yang indah sekali ini sambil menjamu selera dengan pelbagai
jenis masakan kontemporari bermula dari masakan Malaysia, Thailand hinggalah ke
masakan barat.
Secara izharnya, pantai Teluk Lipat dalam daerah dungun ini
sememangnya merupakan destinasi percutian terbaik dalam negeri Terengganu ini
yang sekali gus dapat menarik kedatangan pelancong dari dalam dan seantero
mayapada meliputi segenap empat penjuru dunia untuk berkunjung ke negeri
Terengganu yang dipenuhi dengan tinggalan sejarah dan tempat-tempat menarik ini.
Sesungguhnya, Terengganu destinasi pilihanku.
Daripada
Ali bin Abu Thalib, beliau berkata:
“Keluarlah
dari negara mu bagi mencari sesuatu yang berharga: Bermusafirlah kerana bagi
musafir itu, ada lima kelebihan. Terlepas daripada kerumitan, dapat
meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, berpengetahuan
luas tentang adab dan budaya serta, mendapat ramai kenalan.”
Tweet
No comments:
Post a Comment