SMK Tengku Intan Zaharah,
Asrama Intan1,
23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
12 Oktober 2013.
Menemui ayahanda yang berada di kampung
halaman. Semoga ayahanda dan ibunda sentiasa berada dalam keadaan sihat
sejahtera hendaknya. Anakanda di sini semuanya sihat-sihat sahaja.
Ayahanda,
Sebelum padau warkah ini digali dengan
lebih mendalam lagi, terlebih dahulu, anakanda ingin mengucapkan selamat
menyambut ulang tahun kelahiran ke-44 kepada ayahanda tercinta, semoga ayahanda
dikurniakan oleh-Nya limpahan rahmat yang melimpah ruah sentiasa. Tujuan utama anakanda
mengutuskan surat ini adalah untuk berkongsikan pengalaman anakanda ketika menyertai
lawatan sambil belajar di Tanah Tinggi Cameron baru-baru ini.
Untuk pengetahuan ayahanda, anakanda
menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam lamanya. Malah, semasa
berada di sana, anakanda sempat berkunjung ke tempat-tempat menarik seperti
ladang strawberi, Hutan Lipur Tanah Rata, dan sebagainya.
Selain itu, tempat yang paling menggamit hati anakanda ialah ketika
berada di ladang-ladang strawberi amnya.
Masakan tidak, di situ, anakanda diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana
rasanya memetik buah strawberi yang segar-segar itu. Malahan, sebelum beredar,
anakanda sempat membeli beberapa bungkus strawberi untuk dibawa pulang nanti. Sesungguhnya,
lawatan tersebut meninggalkan 1001 kenangan manis dalam diri anakanda
selama-lamanya.
Setakat ini sahaja yang dapat
anakanda coretkan buat santapan ayahanda. Akhir kalam, nantikanlah kepulangan
anakanda ke kampung halaman pada musim cuti persekolahan kelak. Insya-Allah.
Sekian, terima
kasih.
Anakandamu,
Tweet
No comments:
Post a Comment