AkuSuffianFauzi

Nuffnang Adds

Follow My Facebook, Twitter, Instagram

 Add Me Follow Me Follow Me

Saturday 4 October 2014

Syair Bahtera Perpaduan




Islam itu indah lagi suci,
Membawa umat hidup harmoni,
Membentuk akhlak peribadi sejati,
Dipandang mulia berjati diri.

Rapatkan ukhuwah kukuhkan keimanan,
Mengorak langkah jalinkan perpaduan,
Itulah sebenar tuntutan iman,
Ajaran Rasul menjurus keamanan.

Tali silaturahim teguhkan jalinan,
Sesama Islam wujudkan hubungan,
Mengangkat keamanan, hapuskan keganasan,
Hari mendatang penuh kegemilangan.

Wasatiyyah dirimu menjadi pedoman,
Diangkat pula menjadi ikutan,
Aspek kekuatan menjadi keutamaan,
Kerana itulah simbol kesatuan.

Quran dan hadis warisan Nabi,
 Bahtera menuju ke jalan yang suci,
Kekalkan keamanan di bumi ini,
Semaikan semangat bersatu hati.

Cinta Rasul diagung-agungkan,
Rindu pula menjadi igauan,
Rindu ini kepada Rasul junjungan,
Ikon terbilang menjadi tuntutan.

Ayuh semua mantapkan kecemerlangan,
Sunnah Rasul dibuang jangan,
Menjadi amalan setiap insan,
Kerana itulah teguhkan keimanan.

Ya Allah Tuhan yang Rahman,
Teguhkan bangsaku dalam keimanan,
Ke arah perpaduan berikan pedoman,
Agar aman sepanjang zaman.

Semoga perpaduan boleh diterjemahkan,
Menjadi impian segunung harapan,
Quran dan Sunnah letak di hadapan,
Agar hidup dihiasi kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...