AkuSuffianFauzi

Nuffnang Adds

Follow My Facebook, Twitter, Instagram

 Add Me Follow Me Follow Me

Friday 12 December 2014

Siri 8 : Buat Duit Dengan Menulis

Bismillah.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera semua ^_^

Hari ini, Pyan akan teruskan bagi maklumat tentang bagaimana kita ingin menjana duit melalui menulis. So kali ini, Pyan ingin memperkenalkan peraduan menulis esei Berita Sawit anjuran MPOB Disember 2014.. 

Buat pengetahuan, Peraduan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Karangan adalah mengenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk seperti yang di bawah :-

Tajuk: “SISTEM MEKANISASI LADANG BANTU PENINGKATAN PRODUKTIVITI. BINCANGKAN”

So, kepada adik-adik semua yang masih belajar di sekolah menengah bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, anda dijemput untuk menyertai Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit ini.
Tiga pemenang dicari setiap bulan. Hadiahnya cukup menarik, iaitu :-

1)      RM250
2)      RM200
3)      RM150

Manakala, bagi pemenang tempat pertama setiap bulan, esei  tersebut akan diterbitkan dalam Berita Sawit pada bulan yang berikutnya.


Syarat-Syarat penyertaan boleh merujuk pada gambar di bawah.. Dipersilakan klik gambar untuk ke pautan Laman Web Rasmi MPOB.. 

http://www.mpob.gov.my/en/component/content/article/153-demo-content/1193-berita-sawit-terbitan-disember-2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...