AkuSuffianFauzi

Nuffnang Adds

Follow My Facebook, Twitter, Instagram

 Add Me Follow Me Follow Me

Monday, 13 October 2014

Siri 4 : Buat Duit Dengan Menulis




Bismillah.. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera semua ^_^

Hari ini, Pyan akan teruskan bagi maklumat tentang bagaimana kita ingin menjana duit melalui menulis. So kali ini, Pyan ingin memperkenalkan peraduan menulis esei Berita Sawit anjuran MPOB Oktober 2014.. 

Buat pengetahuan, Peraduan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Karangan adalah mengenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk seperti yang di bawah :-

Tajuk: “MINYAK SAWIT MALAYSIA DITERIMA DI PASARAN ANTARABANGSA. BINCANGKAN”

So, kepada adik-adik semua yang masih belajar di sekolah menengah bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, anda dijemput untuk menyertai Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit ini.
Tiga pemenang dicari setiap bulan. Hadiahnya cukup menarik, iaitu :-

1)      RM250
2)      RM200
3)      RM150

Manakala, bagi pemenang tempat pertama setiap bulan, esei  tersebut akan diterbitkan dalam Berita Sawit pada bulan yang berikutnya.

Syarat-Syarat penyertaan boleh merujuk pada gambar di bawah.. Dipersilakan klik gambar untuk ke pautan Laman Web Rasmi MPOB.. 

 



Selamat mencuba, semoga berjaya adik-adik semua.. ^_^

Friday, 10 October 2014

Syair perpaduan berteraskan Islam




Agama Islam itu indah lagi suci,
Mengangkat umat hidup harmoni,
Islam mengajar membina peribadi,
Agar hidup dipenuhi jati diri.

Rinduku padamu, Rasul junjunganku,
Rindu ini menghiasi hatiku,
Sungguh jauh di sudut hatiku,
Ingin pula berjumpa denganmu.

Ayuhlah semua tingkatkan keimanan,
Selawat dan salam kita persembahkan,
Kepada Nabi, Rasul junjungan,
Kerana itulah tuntutan iman.

Nabi Muhammad qudwah hasanah,
Menjadi ikutan sekalian ummah,
Sifatmu pula disulami wasatiyyah,
Demi membentuk umat berhemah.

Lihatlah tinggi awan bergerak,
Matahari memancar kian bergerak,
Tambahkan semangat Laksana Tun Perak,
Kekuatan diri jadi penggerak.

Dengarlah lagi ungkapan hati,
Membentuk perasaan naluri hati,
Kita tetapkan untuk berbakti,
Dalam bangsa perpaduan sejati.

Berbilang bangsa bersatu erat,
Jiran tetangga haruslah sepakat,
Segala usaha biar muafakat,
Agar hidup menjadi berkat.

Satu Malaysia sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara,
Teruskan perjuangan di mana sahaja,
Biarpun terpaksa berkorban nyawa.

Bersamalah kita menjaga keamanan,
Saling memahami sesama jiran,
Elakkan perpecahan dan persengketaan,
Supaya hidup disirami kesejahteraan.

Kiranya perpaduan menjadi harapan,
Diselitkan pula impian dan pedoman,
Quran dan Sunnah  menjadi amalan,
Agar hidup dipenuhi kecemerlangan.

Thursday, 9 October 2014

Siri 3 : Buat Duit Dengan Menulis

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Assalamualaikum.. Kepada semua penulis-penulis sama ada yang dah berbakat mahupun masih beginner.. Jom sertai peraduan mencipta puisi anjuran DBP Timur..

Apa itu puisi? 


Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, puisi beerti karangan yang berbentuk sajak sama ada  syair, pantun, dan lain-lain lagi. 

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.. Ayuh, jom sertai peraduan mencipta puisi ini..
InsyaAllah, pyan akan join peraduan ini.. 

Untuk keterangan lajut, sila rujuk poster yang di bawah:-


https://www.facebook.com/DBPMalaysia/photos/pcb.729956160408688/729954683742169/?type=1&permPage=1

https://www.facebook.com/DBPMalaysia/photos/pcb.729956160408688/729954673742170/?type=1&permPage=1

https://www.facebook.com/DBPMalaysia/photos/pcb.729956160408688/729954687075502/?type=1&permPage=1

Selamat mencuba.. semoga berjaya ^_^

Tuesday, 7 October 2014

Syair Layar Perpaduan Ummah




Agama Islam sememangnya suci,
Membawa umat hidup harmoni,
Membentuk akhlak membina peribadi,
Dipandang mulia berjati diri.

Terasa rindu menusuk kalbu,
Rindu ingin berjumpa denganmu,
Rindu ini bukanlah menipu,
Cinta Rasul sentiasa di hatiku.

Selawat dan salam Rasul junjungan,
Menjadi amalan setiap insan,
Sunnah Rasul jangan dilupakan,
Demi kecemerlangan masa hadapan.

Cinta Rasul menghiasi hati,
Demi memenuhi fitrah insan,
Cahaya cinta kurniaan Illahi,
Cahaya suci kepada muslim sejati.

Rasa cinta menyulam jiwa,
Menyambut 1434H penuh bahagia,
Sifatmu diangkat menjadi mahkota,
Itulah harta paling berharga.

Wasatiyyah dirimu menjadi ikutan,
Diterjemah pula demi perpaduan,
Kesatuan ummah menjadi keutamaan,
Demi mencari simbol kekuatan.

Hidup kita diwarnai kedamaian,
Diselit pula erti ketenangan,
Bencana permusuhan haruslah dielakkan,
Agar hidup bahagia dan aman.

Ayuh semua teguhkan hati,
Jauhilah kita hasad dengki,
Demi membentuk kesatuan sejati,
Kerana itulah amat beerti.

Ikatan terjalin satukan ummah,
Menuntut bangsa mesra dan ramah,
Rapatkan kasih sekalian jemaah,
Demi mendidik bangsa berhemah.

Sekian dahulu lontaran harapan,
Moga diteruskan segala perjuangan,
Membentuk bangsa dalam perpaduan,
Demi impian segunung harapan.

Saturday, 4 October 2014

Syair Bahtera Perpaduan




Islam itu indah lagi suci,
Membawa umat hidup harmoni,
Membentuk akhlak peribadi sejati,
Dipandang mulia berjati diri.

Rapatkan ukhuwah kukuhkan keimanan,
Mengorak langkah jalinkan perpaduan,
Itulah sebenar tuntutan iman,
Ajaran Rasul menjurus keamanan.

Tali silaturahim teguhkan jalinan,
Sesama Islam wujudkan hubungan,
Mengangkat keamanan, hapuskan keganasan,
Hari mendatang penuh kegemilangan.

Wasatiyyah dirimu menjadi pedoman,
Diangkat pula menjadi ikutan,
Aspek kekuatan menjadi keutamaan,
Kerana itulah simbol kesatuan.

Quran dan hadis warisan Nabi,
 Bahtera menuju ke jalan yang suci,
Kekalkan keamanan di bumi ini,
Semaikan semangat bersatu hati.

Cinta Rasul diagung-agungkan,
Rindu pula menjadi igauan,
Rindu ini kepada Rasul junjungan,
Ikon terbilang menjadi tuntutan.

Ayuh semua mantapkan kecemerlangan,
Sunnah Rasul dibuang jangan,
Menjadi amalan setiap insan,
Kerana itulah teguhkan keimanan.

Ya Allah Tuhan yang Rahman,
Teguhkan bangsaku dalam keimanan,
Ke arah perpaduan berikan pedoman,
Agar aman sepanjang zaman.

Semoga perpaduan boleh diterjemahkan,
Menjadi impian segunung harapan,
Quran dan Sunnah letak di hadapan,
Agar hidup dihiasi kecemerlangan.

Wednesday, 1 October 2014

Siri 1: Buat Duit Dengan Menulis

                                   Buat Duit Dengan Blog

Assalamualaikum.. Hari ni, Pyan nak kongsikan satu cara bagaimana hendak menjana duit dengan blog.. Caranya adalah:-

Tadaaa!!

Jom join peraduan menulis cerpen anjuran Yayasan Dakwah Islamiah  ni.. Tajuknya adalah, "Pertandingan Penulisan Cerpen Menjejak Cinta" .. Cuba lah join, mana lah tahu tuah badan.. Dapat merasa hasilnya nanti.. 

Klik Gambar Untuk Download Borang Penyertaan 

Pertandingan "Penulisan Cerpen Menjejak Cinta"
Hadiah Pemenang :
Hadiah pertama : RM 1,000.00
Hadiah kedua : RM 700.00
Hadiah ketiga : RM 500.00
Saguhati : RM 300.00


Syarat-syarat Penyertaan:

1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada penulis-penulis amatur yang baru berkecimpung dalam bidang penulisan.

2. Setiap penyertaan adalah hak milik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sebanyak 25 buah karya terbaik akan dipilih untuk dimuatkan di dalam kompilasi cerpen 'Menjejak Cinta' terbitan Yadim.

3. Cerita-cerita yang dimuatkan haruslah mempunyai unsur-unsur yang memberi inspirasi pengajaran, menginsafkan pembaca, mencuit emosi, catatan pengalaman dakwah terutama kepada golongan bukan muslim, interpretasi nilal kasih sayang mencakupi kasih sayang terhadap Allah, manusia, haiwan dan sesama makhluk.

4. Karya mestilah tidak melanggar syariat Islam dan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

5. Cerpen yang dihasilkan mestilah yang mendidik pembaca agar lebih menghargai nilai kasih sayang dan melihat dakwah dari kaca mata yang sangat luas.

6. Karya boleh juga dihasilkan dalam bentuk humor, monolog, melankolik, penyiasatan, misteri dan travelog.

7. Jumlah muka surat bagl setiap penulisan adalah 10 muka surat A4 sahaja. Ditaip langkau dua baris menggunakan font Times New Roman bersaiz 12 pt.

8. Judul cerpen hendaklah ditaip pada muka surat pertama.

9. Karya mestilah asli dan tldak pemah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.

10. Karya ditulis dalam bahasa Melayu.

11. Hadiah akan diberikan kepada tiga pemenang utama. Manakala hadiah saguhati akan diberikan kepada 22 cerpen yang terpilih untuk diterbitkan. Setiap pemenang akan menerima 5 naskhah hadiah buku kompilasi cerpen 'Menjejak Cinta' terbitan YADIM.

12. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak YADIM dan keputusan adalah muktamad.



Sila emelkan karya dan borang penyertaan yang lengkap kepada webmaster@yadim.com.my atau kepada
Urusetia Pertandingan Penulisan Cerpen 'Menjejak Cinta' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur (u.p. Puan Siti Suhafzan Sh Ibrahim/ Puan Anna Adnan)


Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi
Tel    : 03-2274 6077
Faks : 03-22732330
FB    : www.facebook.com/Yayasan Dakwah Islamiah malaysia


Tarikah Tutup penyertaan pada 28 November 2014

Selamat Berjaya!! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...